Monday, December 20, 2010

Mari Mula Melakar

Sudahkah anda semua mempunyai perisian Adobe Illustrator di komputer anda? Bagi yang masih belum mempunyai lagi, anda boleh cuba ke laman sesawang Adobe dan muat turun perisian Illustrator untuk pakej cubaan. Bagi yang mampu, bolehlah mendapatkan salinan original di kedai-kedai yang menjual perisian-perisian komputer.Okay,sudah dapatkan dan install komputer anda? Sekarang tunggu apa lagi, klik dan kita mulakan melakar.



Membuka Dokumen Baru

Mungkin tidak banyak bezanya dengan perisian-perisian komputer yang lain, untuk membuka satu dokumen baru, anda hanya perlu klik pada File > New Document  ataupun anda boleh menggunakan arahan shortcut pada papan kekunci komputer anda dengan menekan Ctrl + N . Satu window  baru akan keluar untuk anda isikan segala butiran yang diperlukan. Untuk kali ini, hanya isikan pada ruang Name  bagi nama dokumen anda dan Size. Kita akan gunakan saiz 640x480 untuk latihan kali ini. Seterusnya klik OK.



Workspace 

Ini merupakan contoh workspace ataupun ruang kerja anda sewaktu menggunakan Adobe Illustrator.Workspace ini boleh diubah mengikut kesesuaian kerja anda dan keperluan peralatan dan perubahan yang anda perlukan. Untuk kali ini, gunakan sahaja workspace asal yang telah ditetapkan.


Toolbox

Ini pula dipanggil Toolbox. Peralatan-peralatan yang akan banyak kita gunakan selepas ini terdapat di sini. Sekiranya ini merupakan kali pertama anda menggunakan Illustrator, anda akan dapati ia hanya sebuah kotak yang mempunyai 1 sahaja ruang menegak. Untuk ubah kepada bentuk di bawah, anda hanya perlu klik pada dua tanda arah bertindih di sebelah kiri atas kotak toolbox anda. Ada beberapa peralatan yang tersembunyi di belakang peralatan-peralatan yang ditunjukkan dan anda hanya perlu klik alat tersebut sehingga peralatan baru yang tersembunyi tadi keluar. 

Floating Palette

Floating Pallete  merupakan alat untuk anda mengubah beberapa aspek rekaan pada lakaran-lakaran anda. Kebiasaannya pereka grafik menggunakannya untuk menukar warna, menambah stroke, menyelaraskan susunan objek, menambah gradient serta efek-efek yang lain. 



Menyimpan Dokumen.

Dengan window dokumen baru anda dalam keadaan aktif, klik pada Type Tool dan kemudian klik di atas artboard. Tuliskan satu perkataan, contohnya di sini saya tuliskan perkataan Mari Melakar. Selesai menaip, simpan dokumen anda dengan klik pada File > Save. Satu window baru akan keluar. Tukar jenis fail kepada Adobe Illustrator(*.AI) dan namakan fail anda dengan apa-apa nama yang anda mahu. Contohnya saya namakan fail saya Lakaran01. Kemudian klik ok.Fail anda telah tersimpan. Untuk membuat sebarang perubahan, anda hanya perlu buka fail yang telah anda simpan. Selamat Mencuba.


1 comment: