Thursday, December 9, 2010

Mari Melakar Tulisan Air Batu di Photoshop

Dalam siri pertama kali ini, kita akan cuba membuat satu efek ais pada tulisan dengan menggunakan layer style yang mana boleh digunakan pada objek-objek yang lain. Kemudian kita meletakkannya pada satu latar belakang yang menarik untuk menjadikan ia lebih unik. Anda boleh muat turun fail PSD di bahagian bawah sesi pembelajaran sekiranya anda ingin copy+paste layer style yang ada.



Langkah Pertama:


Kita mulakan dengan membuat satu latar belakang dengan menggunakan Radial Gradient dengan 2 ton warna biru. Efek ini nampak lebih menarik jika dipadankan dengan warna biru kerana ianya akan lebih menampakkan kesejukan efek ais yang akan kita lakukan.
Foreground color – #282c54
Background color – #0a0d2e 



Langkah Ke-2:


Sekarang, untuk efek latar belakang, kita akan menambahkan satu starburst.Ini akan menghasilkan satu efek yang retro. Mulakan dengan pergi  ke shape palette dan cuba cari bentuk starburst yang kita inginkan. Ya, ia mungkin nampak agak sedikit pelik pada preview, tidak seperti apa yang kita mahukan.Hakikatnya itulah efek starburst yang kita cari.

Langkah Ke-3:


Dengan memilih  objek  starburst tadi, kita lukiskan satu starburst yang lebih besar sehingga ia menutupi semua permukaan latar belakang kita tadi, kerana ia sebenarnya berupa bentuk seperti sebuah roda yang mempunyai bahagian tepi yang tidak kita mahukan.Jadi buatkan ia lebih besar, dengan warna putih dan diletakkan betul-betul di bahagian tengah.

Langkah Ke-4:


Kemudian, dengan layer starburst kita tadi masih aktif, tukarkan opacity lapisan tersebut kepada 10% dan tukarkan layer mode kepada Overlay. 

  
Langkah Ke-5:

Sekarang kita mula tuliskan perkataan yang kita mahukan. DI sini saya gunakan font Showcard Gothic, kerana tulisan-tulisan yang berbentuk blok besar dan tidak terlalu formal, amat sesuai digandingkan dengan efek kali ini. Memanipulasi tulisan merupakan satu asset penting dalam menghasilkan sesuatu lakaran yang baik dan ia akan sentiasa diperhatikan dalam menilai tahap sesuatu lakaran itu.Jadi teruskan memerhati bagaimana seseorang designer meletakkan tulisan-tulisan mereka di dalam lakaran mereka.



 

Langkah Ke-6:


Kita teruskan dengan efek utama dalam pelajaran kali ini dengan menambahkan beberapa layer style.Anda boleh muat turun fail-fail PSD dari link yang diberikan dan boleh terus menggunakannya dengan right-clik  pada layer style  tersebut, seterusnya copy dan paste layer tersebut. Pastikan tulisan anda berwarna putih dan untuk makluman, efek ini lebih terserlah dibuat pada latar belakang yang gelap.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment