Monday, December 20, 2010

Mari Mula Melakar

Sudahkah anda semua mempunyai perisian Adobe Illustrator di komputer anda? Bagi yang masih belum mempunyai lagi, anda boleh cuba ke laman sesawang Adobe dan muat turun perisian Illustrator untuk pakej cubaan. Bagi yang mampu, bolehlah mendapatkan salinan original di kedai-kedai yang menjual perisian-perisian komputer.Okay,sudah dapatkan dan install komputer anda? Sekarang tunggu apa lagi, klik dan kita mulakan melakar.



Sunday, December 12, 2010

Apa itu Adobe Illustrator


Adobe Illustrator merupakan salah satu produk keluaran Adobe yang begitu popular dan sering kali digunakan dalam menghasilkan lukisan-lukisan vector. Ia selalu digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti kartun, gambar rajah, carta dan logo. Tidak seperti fail-fail imej yang lain, Illustrator menggunakan persamaan matematik untuk melukis sesuatu bentuk itu. Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah saiz dalam skala yang besar tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej itu (imej pecah).

Selamat Datang

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung. Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung sukasukisukaramai.blogspot.com. Buat pengenalan, sukasukisukaramai.blogspot.com akan menyediakan siri tutorial berkaitan reka grafik dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustartor bagi mereka yang ingin mempelajari proses reka grafik dalam bahasa Melayu. Idea untuk mewujudkan sukasukisukaramai.blogspot.com ini timbul apabila saya yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan berasakan seni reka grafik, begitu teruja melihat hasil-hasil reka grafik dari pereka-preka grafik dari dalam dan luar negara yang dipaparkan di laman web-laman web yang ada. Saya begitu tertarik dan sentiasa berharap dapat menghasilkan siri-siri grafik yang telah dihasilkan itu.

                Menurut salah seorang pereka grafik, salah satu cara untuk memantapkan lagi serta menambah daya kreativiti sebagai seorang pereka grafik ialah dengan cara membuat sendiri tutorial-tutorial yang ada di internet. Dengan sebab itu, wujudlah idea untuk menulis ataupun lebih tepat lagi menterjemahkan mengikut pemahaman saya sendiri , tutorial-tutorial yang ada di internet, yang mana kebanyakaannya berbahasa Inggeris. Mudah-mudahan dengan adanya tutorial-tutorial grafik berbahasa Melayu ini, dapat membantu pengunjung semua, memahami segala proses perekaan sesuatu hasil kerja grafik itu dan dapat member peluang yang lebih lagi kepada golongan muda-mudi , terutamanya yang agak sukar untuk memahami  teks di dalam bahasa inggeris, untuk mendalami dan terus meminatai bidang seni reka grafik ini, insyaAllah.

                Dengan ini saya merasmikan pembukaan blog ini dengan harapan anda semua terus mengunjungi dan memberi sokongan terhadap perjalanan blog ini. Sebarang komen, cadangan dan kritikan amatlah dihargai.
Terima kasih.

Thursday, December 9, 2010

Mari Melakar Tulisan Air Batu di Photoshop

Dalam siri pertama kali ini, kita akan cuba membuat satu efek ais pada tulisan dengan menggunakan layer style yang mana boleh digunakan pada objek-objek yang lain. Kemudian kita meletakkannya pada satu latar belakang yang menarik untuk menjadikan ia lebih unik. Anda boleh muat turun fail PSD di bahagian bawah sesi pembelajaran sekiranya anda ingin copy+paste layer style yang ada.