Tuesday, March 8, 2011

Melakar Dengan Menggunakan Pencil Tool.

Selamat bertemu kembali sekali lagi dalam siri pengenalan kepada perisian Adobe Illustrator, sebelum anda semua bermula untuk menghasilkan hasil-hasil lakaran yang menarik. Siri pengenalan ini amat penting bagi mereka yang masih belum begitu mahir lagi dengan Illustrator ini. Bagi mereka yang sudah mahir, profesional-profesional, pereka-pereka grafik di luar sana, anda boleh terus berkarya di samping memberi ilham kepada kami semua untuk terus menghasilkan hasil lakaran yang menarik.




Sebelum ini kita sudah pun mempelajari cara-cara untuk menghasilkan bentuk-bentuk asas dengan menggunakan peralatan Shape yang ada pada Tool Palette. Hari ini saya akan cuba bawa anda semua berkenalan dengan satu lagi peralatan asas yang ada dalam perisian Illustrator ini, iaitu Pencil. Dengan menggunakan Pencil, kita dapat melakar ataupun melukis bentuk dan garisan dengan cepat.Jom kita lihat, apa yang boleh kita buat dengan Pencil ni.


Melukis Garisan


Untuk mula menggunakan Pencil ini, amat mudah. Anda hanya perlu klik pada ikon Pencil yang ada pada Tool Palette. Klik di atas Artboard dan arahkan cursor anda dengan menggunakan tetikus, untuk menghasilkan bentuk yang anda mahukan.




Menutup Laluan Lakaran


Apabila kita cuba menghasilkan bentuk-bentuk yang mana hujungnya bersambung seperti bulatan, segiempat laluan bentuk tersebut mestilah ditutup dengan menemukan titik akhir dan titik permulaan lakaran. Untuk menutup lakaran tersebut, anda hanya perlu teruskan lakaran sehingga Pencil anda sampai ke titik permulaan tadi dan tekan kekunci ALT. Satu ikon bulatan kencil aka nada bersama Pencil  anda yang mana menunjukkanlaluan lakaran anda sudah boleh ditutup.




Mencantikkan Garisan Yang Tidak Sekata.


Melukis dengan menggunakan Pencil amat berbeza sekali keadaannya apabila kita menggunakan pensel sebenanr. Kebiasaannya garisan yang dilukis akan nampak tidak sekata dan tidak lancer pergerakannya. Masalah ini boleh diatasi dengan mudah dalam perisian Illustrator ini. Anda hanya perlu menekan kekunci ALT sambil menggerakkan sekali lagi Pencil yang secara automatik menjadi Smooth Tool. Dilalukan sekali lagi di atas garisan yang sudah dibuat, dan hasilnya bentuk atau garisan yang dilakar akan Nampak lebih kemas dan sekata.




Mengubah Bentuk Lakaran


Dengan menggunakan Pencil  juga, kita boleh menukar atau mengubah bentuk lakaran yang telah dihasilkan. Klik pada bentuk yang hendak diubah. Gunakan Pencil dan lukiskan balik bahagian yang hendak diubah. Pastikan titik permulaan dan titik akhir mestilah dalam keadaan tertutup.




Pencil Tool Option


Klik 2 kali pada ikon Pencil di atas Tool Palette dan satu tetingkap kecil bagi Pencil Tool Option akan keluar. Pada menu ini, kita boleh mengubah Fidelity dan juga Smoothness hasil lakaran kita dengan menggunakan Pencil.


Fidelity: Menentukan sebaik mana Illustrator mengikut arahan pergerakan dari tetikus anda. Andai kata anda bukanlah seorang yang mahir menggunakan tetikus, anda boleh tetapkan nilai Fidelity yang tinggi.


 Smoothness: Semakin tinggi nilai Smoothness anda, semakin sedikit titik-titik rujukan yang akan dihasilkan. Dengan kata lain dapat menghasilkan satu garisan atau bentuk yang lebih sekata tetapi titik rujukan yang boleh diubah akan berkurang.


Pilihlah tetapan mana yang anda mahukan mengikut kemahiran dan hasil yang anda inginkan.Selamat mencuba.

4 comments:

  1. wahhh best best best...nak wat...nak wat...nak wat...

    ReplyDelete
  2. Tq. Baru nak blajo. Info ni byk mmbntu.

    ReplyDelete
  3. Tq. Baru nak blajo. Info ni byk mmbntu.

    ReplyDelete
  4. Casino Slot Machines | JTM Hub
    At 논산 출장샵 JM, you can play casino slots in your browser including 정읍 출장안마 slots, 남양주 출장샵 poker and other 광주광역 출장샵 games. From simple click-to-click, you can also enjoy 구리 출장샵

    ReplyDelete